_sijil_kelahiran_
Sol cerita pasal nak bukak akaun ASD untuk Qeeb. Salah satu dokumen yang diperlukan adalah surat beranak. Aku teringat suatu kisah pasal surat beranak Hannah. Actually, ianya adalah 2 kisah.. Hahaha..
Hannah lahir 6 Julai. So, pagi-pagi 7 Julai tu husband pun pergi register kat JPN. Balik tu, dia bawak surat beranak Hannah. Aku check semua detail. Tetiba, aik, Tempat Kelahiran = Hospital Selayang, Negeri Kelahiran = Kuala Lumpur, code mykid yang tengah tu 10 (code untuk Selangor). Percanggahan fakta disitu. Kiterang macam konfuse, nak kena tukar ke camana ni. Sebabnya, husband contact orang dalam JPN; dia kata nanti surat beranak tu dah jadi yang Salinan, bukan yang asal. Kiterang macam, alaaa... x bestnye... tapi, kalau tak tukar sekarang, takut jadi issue plak later. So, the next day, husband pegi la JPN balik. Tukar surat beranak baru. Dan, mmg ada la tertulis mcm footnote kat surat beranak tu, Pindaan something-something.
Cerita seterusnya, sebab taknak surat beranak tu jadi tekelepet-kelepet or terburuk-buruk, husband pegi la laminate surat beranak tu. Waa, cantik surat beranak Hannah. Surat beranak mama dulu, terkoyak dua masa kat klinik, pastu org klinik tu salotapekan terbalik. Bahagian atas part depan, bahagian bawah part belakang; apekes, main hentam je dia, mentang2 la masa tu aku kecik kut, tatau nak cerewet2 lagi. Okay, sebulan kemudian, mykid pun siap. Husband dah set reminder kut dalam handphone, pagi before g keje tu dia nak pegi amik mykid Hannah, harini siap. Huhu. Dalam setengah jam lepas tu, husband pun balik bawak mykid dan surat beranak Hannah. Memang takde apa salah pun details kat mykid tu. Hehe. Tapinye, surat beranak tu rupenye JPN kena cop sebagai tanda mykid dah ambik. Tapi, dia takleh la nak cop sebab dah laminate. So, x bercop la surat beranak Hannah untuk menandakan mykid dah diambil. Nanti time nak masuk sekolah nanti, camanakah nak cop? Huhu.. Ada idea?
7 Comments:
waduhhhhh benda simple jd remeh plak ek shara..kalau buat copy surat branak tu den chop kat situ xleh ke??
08:23
HAHAHAHAH OMG! terlebih rajin la korang ni! bukak balik lah laminate tu weii.. pakai plastic pon ok jek ..terlipat sikit tapi takkan koyak de! hahahah .. aku plak, surat beranak Lydia pon dah ada buat salinan, sebab hilang, lps buat salinan jek terus jumpa balik.. so dia ada 2 SB ..
15:20
Huhu x tau nak gelak ke nak nangis hahaa
23:06
Sye baru jew ter'liminate minggu lpas ,sbb terpengaruh dgn ibu² dkat sklh ank ..sye tgk mmg cantik nmpak kemas��...mcm mne erk ��...dh buat rse x best plak dgr mcm niy...mcm mne erk...����
20:59
Tumpang lalu hambe pun terleliminate sama.. Ape nk buat.. Takut rosak. Esk lusa print jela warna cop dkat salinan ape susah
23:04
Mana ujud dah cop belakang surat beranak,,surat beranak 1 dokumen yang tak boleh d conteng sekalipun,,zaman cop ni dulu zaman tok kaduk zaman takde internet takde scaner
06:53
Suami saya dah terleminate nak buat mcm mana yea??
16:41
Post a Comment
<< Home