_sharax journal_ _a word or two or more about her journey day-to-day _what she thinks that she might not share verbally _what she amazed at, who she wrote about, when she experience it, where have she been, which she prefer more, how she express it_

Wednesday, September 07, 2011

_sijil_kelahiran_

Sol cerita pasal nak bukak akaun ASD untuk Qeeb. Salah satu dokumen yang diperlukan adalah surat beranak. Aku teringat suatu kisah pasal surat beranak Hannah. Actually, ianya adalah 2 kisah.. Hahaha..

Hannah lahir 6 Julai. So, pagi-pagi 7 Julai tu husband pun pergi register kat JPN. Balik tu, dia bawak surat beranak Hannah. Aku check semua detail. Tetiba, aik, Tempat Kelahiran = Hospital Selayang, Negeri Kelahiran = Kuala Lumpur, code mykid yang tengah tu 10 (code untuk Selangor). Percanggahan fakta disitu. Kiterang macam konfuse, nak kena tukar ke camana ni. Sebabnya, husband contact orang dalam JPN; dia kata nanti surat beranak tu dah jadi yang Salinan, bukan yang asal. Kiterang macam, alaaa... x bestnye... tapi, kalau tak tukar sekarang, takut jadi issue plak later. So, the next day, husband pegi la JPN balik. Tukar surat beranak baru. Dan, mmg ada la tertulis mcm footnote kat surat beranak tu, Pindaan something-something.

Cerita seterusnya, sebab taknak surat beranak tu jadi tekelepet-kelepet or terburuk-buruk, husband pegi la laminate surat beranak tu. Waa, cantik surat beranak Hannah. Surat beranak mama dulu, terkoyak dua masa kat klinik, pastu org klinik tu salotapekan terbalik. Bahagian atas part depan, bahagian bawah part belakang; apekes, main hentam je dia, mentang2 la masa tu aku kecik kut, tatau nak cerewet2 lagi. Okay, sebulan kemudian, mykid pun siap. Husband dah set reminder kut dalam handphone, pagi before g keje tu dia nak pegi amik mykid Hannah, harini siap. Huhu. Dalam setengah jam lepas tu, husband pun balik bawak mykid dan surat beranak Hannah. Memang takde apa salah pun details kat mykid tu. Hehe. Tapinye, surat beranak tu rupenye JPN kena cop sebagai tanda mykid dah ambik. Tapi, dia takleh la nak cop sebab dah laminate. So, x bercop la surat beranak Hannah untuk menandakan mykid dah diambil. Nanti time nak masuk sekolah nanti, camanakah nak cop? Huhu.. Ada idea?